Saturday, November 20, 2010

Aktiviti Pembelajaran Berkesan

Aktiviti pengajaran dalam pembelajaran Matematik ini amat penting  dalam usaha memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep dengan mudah.

AKTIVITI CADANGAN UNTUK PEMBELAJARAN BERKESAN

Kumpulan      : Kumpulan Murid Berpencapaian Tinggi.
Topik               : Isipadu Cecair
Subtopik          : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Tahun              : Dua
Aktiviti            : Berkumpulan.

Pelaksanaan
1. Pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan berempat.
2. Masa yang diperuntukkan di stesyen ini 7 minit
3. Di stesyen ini terdapat 10 bikar yang mengandungi isipadu cecair di dalamnya.
4. Bikar dilabelkan A, B, C, D, E, F, G, H, I, dan J.
5. Perhatikan takat isipadu cecari dalam setiap bekas.
6. Nyatakan isipadu cecair dalam setiap bekas dengan membaca sukatannya.
7. Catatkan Keputusan kumpulan anda dalam kad Jawapan.
8. Catatkan juga bikar yang mempunyai paling banyak air di antara kesemuanya.
9. Catatkan juga bikar yang mengandungi paling sedikit air di antara kesemuanya.

Keputusan:
Nama Kumpulan : ________________________
Ketua kumpulan  : ________________________
1. Isipadu bikar A : __________________
2. Isipadu bikar B : __________________
3. Isipadu bikar C : __________________
4. Isipadu bikar D : __________________
5. Isipadu bikar E : __________________
6. Isipadu bikar F : __________________
7. Isipadu bikar G : __________________
8. Isipadu bikar H : __________________
9. Isipadu bikar I : __________________
10. Isipadu bikar J : __________________

Ø Bikar yang paling banyak isipadu cecair ialah : __________________
Ø Bikar yang paling sedikit isipadu cecair ialah : __________________

Kumpulan      : Kumpulan Murid Berpencapaian Rendah.
Topik               : Isipadu Cecair
Subtopik          : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Tahun              : Dua
Aktiviti            : Berkumpulan

Pelaksanaan
1.  Pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan berempat.
2. Masa yang diperuntukkan di stesyen ini selama 4 minit.
3. Di stesyen ini terdapat 4 pasangan bekas yang mengandungi isipadu cecair di dalamnya.
4. Pasangan bekas dilabelkan A, B, C, dan D.
5. Setiap bekas pula dilabelkan dengan i dan ii.
6. Bandingkan di antara keduanya.
7. Catatkan bekas yang mempunyai lebih banyak air.
8. Catatkan bekas yang mengandungi lebih sedikit air.
9. Catatkan Keputusan kumpulan anda dalam kad Jawapan.


Keputusan:
Nama Kumpulan : ________________________
Ketua kumpulan  : ________________________
1. Isipadu bikar A : __________________
2. Isipadu bikar B : __________________
3. Isipadu bikar C : __________________
4. Isipadu bikar D : __________________
5. Isipadu bikar E : __________________
6. Isipadu bikar F : __________________
7. Isipadu bikar G : __________________
8. Isipadu bikar H : __________________
9. Isipadu bikar I : __________________
10. Isipadu bikar J : __________________

Ø Bikar yang paling banyak isipadu cecair ialah : __________________
Ø Bikar yang paling sedikit isipadu cecair ialah : __________________

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Salam sejahtera,

Bagi mengajar topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep isipadu cecair kepada pelajar. Sebagaimana matapelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. 

Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.

Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.

Oleh yang demikian, untuk tajuk yang akan saya libatkan ini, iaitu isipadu cecair, saya amat bersetuju untuk menggunakan bahan terpakai bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai ke atas isipadu cecair. Bahan yang saya maksudkan ini ialah botol, gelas, botol plastik air mineral, mangkuk dan botol susu.

Bahan bahan tersebut amatlah sesuai bagi saya untuk memperkenalkan isipadu cecair kerana ianya belum lagi melibatkan standard unit (ukuran piawai). Perkataan yang penting untuk
saya ketengahkan ialah perkataan kurang, separuh, kosong, penuh dan lebih separuh.
Sebagaimana yang kita ketahui, untuk peringkat tahun dua masih lagi belum menggunakan ukuran piawai, maka bahan yang saya bawa ke kelas adalah bahan yang tidak memerlukan sukatan yang paling tepat.

Bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pendapat saya seterusnya pula ialah bikar dan silinder penyukat. Bahan ini dapat kita gunakan ketika mengajar para pelajar dalam memperkenalkan konsep isipadu cecair. Biarpun ianya mempunyai sukatan, namun ianya mudah dilihat dan diamati oleh pelajar. Tambahan pula, bahan ini selalunya ada di kawasan sekolah terutamanya di makmal sains. Selain daripada mendapat konsep isipadu, pelajar juga akan mendapat persoalan kegunaan skala di tepi bikar tersebut sekaligus menghasilkan semangat ingin tahu pelajar.


Antara BBM yang digunakan dalam menjayakan aktiviti pembelajaran topik ini ialah seperti berikut :

Bikar


Botol Air


Jug Penyukat


Silinder Penyukat

Gelas Plastik






Cara Mengukur Isipadu Cecair

Salam sejahtera,
Proses pembelajaran dan pengajaran Matematik perlu menggunakan kaedah interaktif; multimedia untuk memudahkan pelajar selain menarik minat pelajar memahami cara mengukur isipadu cecair. Mari kita saksikan klip video di bawah ini :


Kandungan cecair boleh disukat dengan menggunakan alat bukan piawai sebenar dan alat piawai sebenar. Alat bukan piawai sebenar biasanya diperbandingan seperti kurang, lebih atau sama. Alat piawai sebenar pula ialah penggunaan sistem metrik iaitu menggunakan sukatan mililiter (ml) ataupun liter (l).