Saturday, November 20, 2010

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Salam sejahtera,

Bagi mengajar topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep isipadu cecair kepada pelajar. Sebagaimana matapelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. 

Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.

Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.

Oleh yang demikian, untuk tajuk yang akan saya libatkan ini, iaitu isipadu cecair, saya amat bersetuju untuk menggunakan bahan terpakai bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai ke atas isipadu cecair. Bahan yang saya maksudkan ini ialah botol, gelas, botol plastik air mineral, mangkuk dan botol susu.

Bahan bahan tersebut amatlah sesuai bagi saya untuk memperkenalkan isipadu cecair kerana ianya belum lagi melibatkan standard unit (ukuran piawai). Perkataan yang penting untuk
saya ketengahkan ialah perkataan kurang, separuh, kosong, penuh dan lebih separuh.
Sebagaimana yang kita ketahui, untuk peringkat tahun dua masih lagi belum menggunakan ukuran piawai, maka bahan yang saya bawa ke kelas adalah bahan yang tidak memerlukan sukatan yang paling tepat.

Bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pendapat saya seterusnya pula ialah bikar dan silinder penyukat. Bahan ini dapat kita gunakan ketika mengajar para pelajar dalam memperkenalkan konsep isipadu cecair. Biarpun ianya mempunyai sukatan, namun ianya mudah dilihat dan diamati oleh pelajar. Tambahan pula, bahan ini selalunya ada di kawasan sekolah terutamanya di makmal sains. Selain daripada mendapat konsep isipadu, pelajar juga akan mendapat persoalan kegunaan skala di tepi bikar tersebut sekaligus menghasilkan semangat ingin tahu pelajar.


Antara BBM yang digunakan dalam menjayakan aktiviti pembelajaran topik ini ialah seperti berikut :

Bikar


Botol Air


Jug Penyukat


Silinder Penyukat

Gelas Plastik






No comments:

Post a Comment